MUTIARA KATA
Showing posts with label Gold. Show all posts
Showing posts with label Gold. Show all posts
03 April 2012
Apakah spread?
SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY).SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREADadalah sebagaimana berikut:
SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
Peratusan SPREAD = (Jumlah SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.
ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada pilihan dinar 999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).
Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan. Read More..
Dinar emas mampu atasi krisis ekonomi
Utusan Malaysia Online - Ekonomi
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR 2 April - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya. Read More..

Subscribe to:
Posts (Atom)