MUTIARA KATA

Gold Info

Jenis-Jenis Ketulenan Emas dan Gelarannya

999 - 24K - Emas Sepuluh/Chuk Kan/Emas Kertas
950 - 23K - Emas Kelantan/Emas 9 1/2/Emas Tarik/Refine
916 - 22K - Emas Singapura
900 - 21.6K - Emas Sembilan
875 - 21K -
835 - 20K -
800 - 19K - Emas Paun
750 - 18K -
585 - 14K -
373 - 9K - Suasa

Emas 999.9
Warna adalah melambangkan ketulenan emas tersebut seperti emas 999 warnanya adalah kekuning-kuningan yang bersilau yang terhasil oleh asid yang digunakan semasa proses pembakaran (lebur) ianya lembut tidak mudah patah, kalau dibakar tidak mengeluarkan warna kemerah-merahan dan juga tidak mengeluarkan bau apa-apa, kalau emas tersebut adalah emas barang kemas 999 ianya tidak berbunyi seperti bunyi besi dikala terkena sesama sendiri,cuba anda ketuk besi dengan besi bunyinya macam mana dan cuba juga ketuk emas dengan emas bagaimana bunyinya, mesti anda akan dengar bunyi yang berlainan.

Emas 916
Emas 916 ianya berbeza sedikit berbanding dengan emas 999 warna kekuningannya agak berkurang atau kusam berbanding dengan emas 999 dan keras sedikit kerana ianya mengandungi logam lain sebanyak 8.4%,boleh juga dengan cara memastikan cop yang terletak pada tangkainya.

Emas 750
Emas 750 jauh berbeza dengan emas 999 dan emas 916 ianya dapat kita kenali pada warna yang agak kemerah-merahan dan lebih keras berbanding dengan emas 916,kandungan logam lain yang terdapat dalam emas 750 adalah 25%.pastikan juga cop yang ada pada tangkainya.



Read More..

Utusan Online

Berita Harian: Mutakhir

Harakahdaily

Anwar Ibrahim