MUTIARA KATA

22 April 2009

Kemudahan storan fail di Internet

Ramai daripada pengguna laman blog mungkin telah mengalami situasi dimana mereka ingin meletakkan maklumat tambahan yang berupa fail-fail seperti Powerpoint, PDF atau Excel didalam laman Blog mereka, namun kebanyakaan laman blog hanya membenarkan pengguna meletakan fail didalam bentuk Imej dan Video sahaja.

Walaupun terdapat banyak kemudahan penyimpanan fail percuma di Internet yang boleh digunakan namun, kebanyakaan kemudahan tersebut tidak sesuai kerana ianya dipenuhi dengan iklan dan proses memuat-naik agak sukar.

Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira apabila kita hendak menggunakan kemudahan storan di Internet. Berikut adalah faktor-faktor berikut:

1. Saiz penyimpanan - saiz penyimpanan perlulah bersesuaian dengan keperluan, kebanyakaan pemberi kemudahan bermula dengan 1GB sehingga 8GB.
2. Proses memuat-naik - pastikan laman web memberikan kemudahan memuat-naik seperti berikut:
1. Boleh memuat-naik beberapa fail serentak
2. Mempunyai aplikasi tambahan yang boleh memuat-naik melalui desktop
3. Capaian fail yang telah disimpan - laman web perlu memberikan kemudahan perkongsian secara terus (Direct Link) bukan dengan mengakses laman web mereka
4. Saiz boleh dinaiktarafkan jika perlu (mungkin berbayar)

Diantara kemudahan yang boleh digunakan yang menjadi pilihan saya adalah www.box.net

No comments:

Utusan Online

Berita Harian: Mutakhir

Harakahdaily

Anwar Ibrahim